Saya adalah ejen sah dan hub manager Hatinies Kitchen bagi kawasan Seri Kembangan dan kami mengedarakn product2 sejuk beku keluaran HK seperti kambing perap,ayam perap dan lain -lain lagi. 100% keluaran bumiputera dan semestinya Halal. Sekiranya berminat mendapatkan produk HK dan ingin menjadi ejen boleh hubungi saya di talian 0123132056 Puan Sue
Saturday, August 21, 2010
IKAN SIAKAP SWEET SOUR(MY STYLE)
Bahan-bahan :
Bahan A
1 ekor ikan siakap
3 sudu sos ikan
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan B
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
2 sudu lada boh(sekiranya mahu pedas)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit air
Cara membuatnya:
Bersihkan ikan kemudian perapkan ikan bersama sos ikan dan tepung jagungBiarkan sebentar. Kemudian ikan digoreng sehingga kekuningan.
Kemudian bahan B ditumbuk/dicincang sehingga halus.Kemudian panaskan kuali dan tumis bahan A tersebut sehingga naik bau.Masukkan pula sos tiram,sos tomato & soso cili dan kacau.Masukkan sedikit air dan biarkan ia mendidih.Tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa nasing-masing,Setelah sebati masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.Setelah kuah masak tuangkan ke ikan yang digoreng tadi.
Hiaskan ia bersama cili merah,,buah tomato dan kiub nenas dan sedia untk di hidang.
Thursday, August 19, 2010
4th RAMADHAN
Di atas perjanjian aku dgn hubby aku Cik.Karim tu,dalam bulan puasa ni tiap-tiap hari Sabtu aku nak berehat dan berbuka di luar.Penat tau hari-hari masak !!!dahlah nak fikirkan menu apa yang nak di masak dan mengadap lauk pauk yang dimasak oleh ku yang sememangnya sedap dan membuka selera.Jadik inilah tempat berbuka puasa kami
![]() | |||||||||||
| Restoran Paradise Palace |
![]() |
| Ikan Siakap masak 3 rasa.Walah tersangatlah sedap.Tiga rasa yang lain dari yang lain.Aku mesti cuba masak cara macam nie. |
![]() |
| Butter prawn ini juga sangat membuka seleraku |
![]() |
| Daging sweet sour yang teramatlah sedap |
![]() |
| Kerabu asli dari Thai.....pembuka seleraku |
![]() |
| Dan akhir sekali tom yam |
Puas hati makan dekat Restoran Paradise ni.Selain lauk pauknya yang sedap dan asli masakan dari Thailand harganya sangat murah.Bayangkan denhan menu yang ada di atas hanya dikenakan RM120/- SAHAJA.Lain kali boleh datang ke sini lagi.
MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DI UMBAI MELAKA...Ikan Bakar Parameswara
| Muara Sg Duyong |
Nasib baik lah kat Melaka banyak medan ikan bakar .Kita orang terus menuju ke Crystal Bay.Sekali lagi mengecewakan penuh sesak dengan orang .Perut dah lapar ni akhirnya kita orang pergi ke destinasi ikan bakar seterusnya Medan Ikan Bakar Umbai pun sesak jugak,Akhirnya kita orang tekad untuk menuju ke salah satu kedai ikan bakar yang ada di situ"Ikan Bakar Parameswara'
Memang ada rezeki untuk kami.Ada satu tempat duduk .Akhirnya dapatlah aku makan ikan bakar hihihi.Tapi tidak banyak ikan yg ada sebab semua dah dirembat oleh customer lain.Jadiklah......
![]() | |
| Abah menanti dengan penuh sabar |
Aiii Cik Karim& Afiq dah kekenyangan tu.... |
| Bersama abah tersayang Ma & Abah yg tersayang.Agak2 ikut muka siapa aku ni.. Setelah semua kekenyangan kita pun beransur pulang.Aku tak sempat snap gambar2 lauk pauk yang ada.Kelaparan lah katakan.Tapi masakannya sedap & harganya pun berpatutan.Ikan siakap bakar,sotong goreng tepung ,sayur kailan,fresh oren satu jug,nasi satu hidang.Semua sekali berharga RM70++ |
Sunday, August 15, 2010
SERAWA DURIAN
Bahan 2 yg diperlukan:
1 biji durian
Gula Melaka/Gula Merah
Santan
Daun Pandan
Cara Membuatnya:
Asingkan isi @ x perlu di asingkan
Kemudian dimasak dgn 1 mangkuk air
Setelah isi durian mendidih masukkan santan
Masukkan gula melaka
Kacau sehingga sebati
Siap untuk di hidang
Kepekatan kuah bergantung kpd selera individu
P/s Dihidangkan bersama roti @ pulut

AYAM MASAK KICAP
Bahan2 yg diperlukan:
1ekor ayam
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inchi halia
(bawang besar,bawang putih & halia dikisar)
1 mangkuk kicap manis
3 sudu lada boh
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 cawan air
sedikit gula & garam
Cara membuatnya:
Goreng ayam terlebih dahulu kemudian ketepikan
Tumis bahan2 yang telah dikisar
Setelah itu masukkan lada boh tumis sehingga garing
Kemudian masukkan sos cili & sos tomato
tunggu hingga mendidih
sekiranya terlalu pekat tambahkan sedikit air
Masukkan ayam yg telah di goreng tadi ke dalam kuah
tambahkan sedikit gula & garam
Siap utk di hidang

Saturday, August 14, 2010
ASAM PEDAS
Bahan2
1kg ikan (Merah,Jenahak,Pari,Kembung dll)
Bahan A
2 biji labu bawang besar(yg selalu aku gunakan)
6 ulas bawang putih
1 inchi halia
Sedikit Belacan(mengikut cita rasa)
Bahan B
3 senduk lada boh
1mangkuk air asam jawa
Satu sudu halba
Cara Membuatnya:
Tumbuk semua bahan A diatas sehingga lumat
Panaskan minyak dan tumis
Masukkan 3 senduk lada boh
Tumis sehingga garing
Kemudian masukkan 1 sudu biji halba
Biarkan sehinnga minyak pecah
Kemudian masukkan air asam jawa
Setelah kuah mendidih masukkan ikan
Masukkan garam & serbuk perasa
Siap sedia untuk di makan. :)

Tuesday, May 18, 2010
Monday, May 17, 2010
DI KALA CINTA TERDETIK - Ebriza Md.Aminnudin
Sipnopsis:
Ezmira & Hezriq sering bertelagah pendapat apabila bersua.Pertengkaaran demi pertengkaran sering tercetus di antara mereka.Namun dalam diam berputik satu perasaan yang sukar di mengertikan oleh Ezmira pada Hezriq.Ezmira menkagumi keperibadiaan pemuda itu walaupun jejaka pujaannya itu merupakan seorang playboy.Entah kenapa Ezmira tidak berani meluahkan apa yang tersirat.Ketika menjalani praktikal sebagai wartawan pelatih,jejaka bernama Danish DAto Zaidi muncul dalam hidup Ezmira dan cuba memikatnya.
Danish yang menaruh hati hati padanya akhirnya melamar Ezmira.Hatinya remuk bila Hezriq memperkenalkan teman wanitanya kepada Ezmira.Tidakkah selama ini Hezriq memahami isyarat cinta yang sering dilemparkan Ezmira kepadanya?Dan terbongkarkah rahsia yang selama ini disimpan di bangsal castle milik keluarga Danish.
CAMAR YANG PERGI- Iris Ixora
Sipnopsis:
DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah,sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya raya.Namun bila difikirkan mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apakah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sedang sakit.Dalam diam dia dapat mendampingi Orhan,anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama.Bila tidak memandang wajah lelaki itu .dia diamuk resah dan rindu yang membara.
Namun apakah daya,Orhan sah menjadi milik Nesya.Akhirnya Dilara membuang jauh khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri.Bagi Orhan pula perkahwinannya dgn Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia.Dalam diam.dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu,dia sebenarnya sudah jatuh hati.
Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama.Akhirnya penceraian pun berlaku.Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara.Namun bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang ttelah dibuang jauh??

SYAIR CINTA- Intan Arnida
Sipnopsis:
Cinta antara Dayang Sabrina Dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah.Namun,Bermulalah satu episod duka dimana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk menerima jemputan ke satu majlis.
Disitulah,Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu.Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan semata-mata kerana kedudukan dan kemewahannya.Dia turut diselar dgn kata-kata nista yang benar -benar merobek jiwanya.
Hati dayang tercalar bagai dihiris sembilu.Siapa yang mahu diri di hina sedemikian rupa? Lantaran dia melarikan diri dengan hati yang lara dan perasan hiba sehingga terlibat dalam satu kemalangan ngeri.Mujur nyawanya masih panjang .Trauma kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah dibedah
Lima tahun berlalu.....Dayang bangkit dengan suatu tekad.Dia mesti membalas dendam.Keangkuhan dan keegoaan Ungku Saerah harus ditundukkan.Namun niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang lelaki yang telah lama menghilang.Kehadirannya membongkar suatu peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.

CINTA TIADA AKHIRNYA -Fauziah Ashari
Sipnopsis:
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz Di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam "Cinta Tiada Akhirnya"
Kehidupan menjanjikan segalanya.Pahit,manis,suka,duka.Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian alam kembara kehidupan.Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah,terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya,
Inilah kisah ...CINTA ..TIADA Akhirnya,menyelami Izzah yang setia,hampir sempurna,menyajikan cinta pada suaminya,Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.
Disulami detik cemas yang pasti mencorak minda jiwa.CINTA...TIADA ...AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pebaca.....

BUKAN CINTA BIASA -Lily Rozita - SOLD TO SALMIHA
Sipnopsis :
Hari ini pengasuh baru hendak dtg !Riz tak balik ke? "Bonda sajalah yang uruskan,besok Riz balik!"
Di sinilah terdetik cinta yang tidak dirancang setelah dia ditemukan dengan Ayu Farhana:pengasuh baru anaknya itu.Yasmin Hannah sukakan Ayu lalu malam itu diajaknya tidur bersama .Sewaktu Yasmin ke tandas,Tengku Muda baru saja pulang lalu masuk ke bilik.Di sangkakan anaknya yang tidur lalu dipeluknya penuh kerinduan tubuh yang terkujur.Agak terkejut tubuh itu agak besar berbanding tubuh anaknya.Perlahan ditariknya gebar dan terlihat keayuan wajah bujur sirih seorang gadis yang tidak dikenalinya .Wajah yang sedang lena tidur itu ditatapnya kemas-kemas begitu lembut,begitu tenang,cantik,ayu dan mempersonakan.
Disinilah bermulanya cinta luar biasa yang mula menghantui hidupnya!Dia seorang duda tetapi telah pun mengikat tali pertunangan dengan Raja Rita Aida.Dia tidak dapat membohongi dirinya yang telah mula berpaut dengan Ayu Farhanah.Itulah yang dikatakan cinta pandang pertama! Kalaulah Ayu memmbalas cintanya,bagaimana pula dengan tunangnya ?
Tuesday, May 11, 2010
APA YANG PERLU ANDA TAHU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Assalamualikum....
Adakah anda seorang KAKI BUKU & NOVEL!!!!!!!!
Sekiranya YA ....silalah layari laman blog ini...... kami menyediakan novel dan buku baru dan terpakai dengan harga yang berpatutan.
Berbagai koleksi buku antaranya novel,buku agama , ilmiah dan juga buku kanak2.Buat masa ini hanya sebahagian sahaja buku yang kami kemaskini.
"Jadilah insan yang suka membaca.
Membaca itu adalah amalan hidup kita"
SELAMAT MELAYARI BLOG INI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Assalamualikum....
Adakah anda seorang KAKI BUKU & NOVEL!!!!!!!!
Sekiranya YA ....silalah layari laman blog ini...... kami menyediakan novel dan buku baru dan terpakai dengan harga yang berpatutan.
Berbagai koleksi buku antaranya novel,buku agama , ilmiah dan juga buku kanak2.Buat masa ini hanya sebahagian sahaja buku yang kami kemaskini."Jadilah insan yang suka membaca.
Membaca itu adalah amalan hidup kita"
Sila klik di koleksi buku & novel
SELAMAT MELAYARI BLOG INI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)