Sipnopsis:
Cinta antara Dayang Sabrina Dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah.Namun,Bermulalah satu episod duka dimana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk menerima jemputan ke satu majlis.
Disitulah,Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu.Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan semata-mata kerana kedudukan dan kemewahannya.Dia turut diselar dgn kata-kata nista yang benar -benar merobek jiwanya.
Hati dayang tercalar bagai dihiris sembilu.Siapa yang mahu diri di hina sedemikian rupa? Lantaran dia melarikan diri dengan hati yang lara dan perasan hiba sehingga terlibat dalam satu kemalangan ngeri.Mujur nyawanya masih panjang .Trauma kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah dibedah
Lima tahun berlalu.....Dayang bangkit dengan suatu tekad.Dia mesti membalas dendam.Keangkuhan dan keegoaan Ungku Saerah harus ditundukkan.Namun niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang lelaki yang telah lama menghilang.Kehadirannya membongkar suatu peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.

No comments:
Post a Comment