Monday, May 17, 2010

CAMAR YANG PERGI- Iris Ixora

Sipnopsis:

DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah,sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya raya.Namun bila difikirkan mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apakah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sedang  sakit.Dalam diam dia dapat mendampingi Orhan,anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama.Bila tidak memandang wajah lelaki itu .dia diamuk resah dan rindu yang membara.
Namun apakah daya,Orhan sah menjadi milik Nesya.Akhirnya Dilara membuang jauh khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri.Bagi Orhan pula perkahwinannya dgn Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia.Dalam diam.dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu,dia sebenarnya sudah  jatuh hati.
Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama.Akhirnya penceraian pun berlaku.Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara.Namun bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang ttelah dibuang jauh??

No comments: