Saturday, August 21, 2010

IKAN SIAKAP SWEET SOUR(MY STYLE)


Bahan-bahan :

Bahan A
1 ekor ikan siakap
3 sudu sos ikan
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan B
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
2 sudu lada boh(sekiranya mahu pedas)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit air

Cara membuatnya:

Bersihkan ikan kemudian perapkan ikan bersama sos ikan dan tepung jagungBiarkan sebentar. Kemudian ikan digoreng sehingga kekuningan.

Kemudian bahan B ditumbuk/dicincang sehingga halus.Kemudian panaskan  kuali dan tumis bahan A tersebut sehingga naik bau.Masukkan pula sos tiram,sos tomato & soso cili dan kacau.Masukkan sedikit air dan biarkan ia mendidih.Tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa nasing-masing,Setelah sebati masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.Setelah kuah masak tuangkan ke ikan yang digoreng tadi.

Hiaskan ia bersama cili merah,,buah tomato dan kiub nenas dan sedia untk di hidang.

No comments: