Saturday, August 21, 2010

IKAN SIAKAP SWEET SOUR(MY STYLE)


Bahan-bahan :

Bahan A
1 ekor ikan siakap
3 sudu sos ikan
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan B
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
2 sudu lada boh(sekiranya mahu pedas)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit air

Cara membuatnya:

Bersihkan ikan kemudian perapkan ikan bersama sos ikan dan tepung jagungBiarkan sebentar. Kemudian ikan digoreng sehingga kekuningan.

Kemudian bahan B ditumbuk/dicincang sehingga halus.Kemudian panaskan  kuali dan tumis bahan A tersebut sehingga naik bau.Masukkan pula sos tiram,sos tomato & soso cili dan kacau.Masukkan sedikit air dan biarkan ia mendidih.Tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa nasing-masing,Setelah sebati masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.Setelah kuah masak tuangkan ke ikan yang digoreng tadi.

Hiaskan ia bersama cili merah,,buah tomato dan kiub nenas dan sedia untk di hidang.

Thursday, August 19, 2010

MY SWEET MEMORIES

4th RAMADHAN


Di atas perjanjian aku dgn hubby aku Cik.Karim tu,dalam bulan puasa ni tiap-tiap hari Sabtu aku nak berehat dan  berbuka di luar.Penat tau hari-hari masak !!!dahlah nak fikirkan menu apa yang nak di masak dan mengadap lauk pauk yang dimasak oleh ku yang sememangnya sedap dan membuka selera.Jadik inilah tempat berbuka puasa kami

Restoran Paradise Palace         

Ikan Siakap masak 3 rasa.Walah tersangatlah sedap.Tiga rasa yang lain dari yang lain.Aku mesti cuba masak cara macam nie.

Butter prawn ini juga sangat membuka seleraku
Daging sweet sour yang teramatlah sedap
Kerabu asli dari Thai.....pembuka seleraku
Dan akhir sekali tom yam









Puas hati makan dekat Restoran Paradise ni.Selain lauk pauknya yang sedap dan asli masakan dari Thailand harganya sangat murah.Bayangkan denhan menu yang ada di atas hanya dikenakan RM120/- SAHAJA.Lain kali boleh datang ke sini lagi.

MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DI UMBAI MELAKA...Ikan Bakar Parameswara

Muara Sg Duyong


Hujung minggu yg lepas aku balik ke Umbai ,Melaka utk menyambut awal ramadhan bersama abah & ma.Kita org bercadang untuk makan ikan bakar di Sungai Duyong.Ingatkan tak ramai org,rupa2nyer berderet2 kereta & tiada tempat duduk,kecewanyer aku masa tu.....
Nasib baik lah kat Melaka banyak medan ikan bakar .Kita orang terus menuju ke Crystal Bay.Sekali lagi mengecewakan penuh sesak dengan orang .Perut dah lapar ni akhirnya kita orang pergi ke destinasi ikan bakar seterusnya Medan Ikan Bakar Umbai pun sesak jugak,Akhirnya kita orang tekad untuk menuju ke salah satu kedai ikan bakar yang ada di situ"Ikan Bakar Parameswara'

Memang ada rezeki untuk kami.Ada satu tempat duduk .Akhirnya dapatlah aku makan ikan bakar hihihi.Tapi tidak banyak ikan yg ada sebab semua dah dirembat oleh customer lain.Jadiklah......
Abah menanti dengan penuh sabar
Aiii Cik Karim& Afiq dah kekenyangan tu....
Bersama abah tersayang


 Ma & Abah yg tersayang.Agak2 ikut muka siapa aku ni..

 Setelah semua kekenyangan kita pun beransur pulang.Aku tak sempat snap gambar2 lauk pauk yang ada.Kelaparan lah katakan.Tapi masakannya sedap & harganya pun berpatutan.Ikan siakap bakar,sotong goreng tepung ,sayur kailan,fresh oren satu jug,nasi satu hidang.Semua sekali berharga RM70++




Sunday, August 15, 2010

SERAWA DURIAN

Bahan 2 yg diperlukan:

1 biji durian
Gula Melaka/Gula Merah
Santan
Daun Pandan

Cara Membuatnya:

Asingkan isi  @ x perlu di asingkan
Kemudian dimasak dgn 1 mangkuk air
Setelah isi durian mendidih masukkan santan
Masukkan gula melaka
Kacau sehingga sebati
Siap untuk di  hidang
Kepekatan kuah bergantung kpd selera individu

P/s Dihidangkan bersama roti @ pulut

AYAM MASAK KICAP

Bahan2 yg diperlukan:

1ekor ayam
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inchi halia
(bawang besar,bawang putih & halia dikisar)
1 mangkuk kicap manis
3 sudu lada boh
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 cawan air
sedikit gula & garam

Cara membuatnya:
Goreng ayam terlebih dahulu kemudian ketepikan
Tumis bahan2 yang telah dikisar
Setelah itu masukkan lada boh tumis sehingga garing
Kemudian masukkan sos cili & sos tomato
tunggu hingga mendidih
sekiranya terlalu pekat tambahkan sedikit air
Masukkan ayam yg telah di goreng tadi ke dalam kuah
tambahkan sedikit gula & garam
Siap utk di hidang

Saturday, August 14, 2010

ASAM PEDAS

Bahan2
1kg ikan (Merah,Jenahak,Pari,Kembung dll)
Bahan A
2 biji labu bawang besar(yg selalu aku gunakan)
6 ulas bawang putih
1 inchi halia
Sedikit Belacan(mengikut cita rasa)
Bahan B
3 senduk lada boh
1mangkuk air asam jawa
Satu sudu halba


Cara Membuatnya:
Tumbuk semua bahan A  diatas sehingga lumat
Panaskan minyak dan tumis
Masukkan 3 senduk lada boh
Tumis sehingga garing
Kemudian masukkan 1 sudu biji halba
Biarkan sehinnga minyak pecah
Kemudian masukkan air asam jawa
Setelah kuah mendidih masukkan ikan
Masukkan garam & serbuk perasa
Siap sedia untuk di makan. :)